CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

DARI HATI QAIRA

Apa yang tertulis di laman blog ini datangnya daripada lubuk hati Qaira yang paling dalam dengan niat yang ikhlas untuk berkongsi rasa hati. Untuk yang sudi mengikuti blog ini, terima kasih Qaira ucapkan dan untuk yang terguris hatinya dengan pengisian blog ini, salam kemaafan yang Qaira pinta. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah S.W.T dan yang kurang baik itu datangnya daripada diri Qaira sendiri.~QQ~

DARI PAPAN KEKUNCI QAIRA...

Semua entri di sini, hanyalah untuk tatapan di sini sahaja. Sebarang salinan semula tidak dibenarkan sama sekali, melainkan bersama kredit sumber asal.

P/S: Qaira dalam proses memindahkan semua entri daripada blog terdahulu (www.ayu-ilham.blogspot.com) yang telah di hack ke dalam blog ini. Harap maklum...

Jumaat, 6 Januari 2012

KATA MAMA

Sewaktu nasi tumpah ke tanah
Kata mama, ia bukan rezeki untuk kita
Saya memandang putih mata
Mencari makna pada usia yang terlalu muda.

Sewaktu petang menuapulangkan waktu terang
Kata mama, itulah anugerah Tuhan untuk kita
Saya merenung dalam penuh tanya
mencari makna malam dan gelap yang datang.

Sewaktu usia membawa saya ke remaja
Kata mama, ia adalah tempoh yang paling mahal
Saya mengira dengan akal
Mencari berapakah mahalnya harga usia.

Kata mama, maruah adalah cinta
Hanya satu tiada dua
Anugerah paling berharga, jagailah ia dengan nyawa.

Kata mama, perempuan adalah rahsia
Penuh rasa malu tercipta
Tanpanya benteng takkan tega
Menongkah perit cubaan dunia.

Kata mama, lindungilah dirimu wahai anak
Dari sinar panahan syaitan
Yang menunggu waktu kau layu
Ia mencarimu disetiap yang bernama keseronokan.

Kata-kata mama saya simpan dalam peti azimat
Buat bekalan diperjalanan
Apabila saya terasa hidup ini cukup penat
Ia akan jadi pedoman yang mengingat.

Kini,
Ketika saya sudah dewasa dan memamah erti hidup
Dengan segala rasa payah,
Saya mencari makna kata-kata mama.

Saya pegang amanah maruah
Saya junjung beban kasih yang melimpah
Hanya kerana pesan mama, bahawa
Cinta itu wahai anak
Bukanlah benda yang dapat dicari
Tidak juga boleh dibeli
Jauh sekali untuk dimusuhi
Pun bukan untuk dipenuhi
Atau untuk dibinasai


Cinta itu wahai anak
Adalah yang mewangi bila diuji
Yang tabah bila disakiti
Yang rehda bila dilukai
Yang tidak hilang bilamana musim berganti


Kau akan berjaya
Bila siang yang terang tidak mampu memanah kulitmu
Dan malam tidak mampu mengelapkan hatimu
Dan ujian tidak mampu meruntuhkan dirimu
Dan cinta tidak mampu menurunkan darjatmu
Dan kegembiraan tidak mampu membeli kekhusyukanmu
Dan pada ketika itu
Kau akan merasakan dunia ini manis dalam ujian yang pilu
Kau akan dapati indahnya ketekunanmu memelihara malu
Pada ketika cinta sejati yang Tuhan kurniai
Tidak mampu mendorongmu menyerahkan harga diri


Sebaliknya,
Kau tetap segar dan mekar
Di dalam pagar syariat yang kukuh, utuh dan ampuh
Kau melindungi dirimu
Kau dilindungi Tuhan Yang Maha Tinggi


Demikian, pesan mama yang saya simpan
Di sudut hati yang paling suci
Mengisi segala nilai-nilai murni

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...